Solo Traveler : Bahagian 1

Bahagian 1 : Akal vs Hati

Solo traveler ;

   Peperiksaan akhir semester melabuhkan tirai. Ini bermakna, pengajian selama 4 tahun sudah tamat. Perasaan? Belum ada. 

Sedih? Belum. 
Gembira? Belum.

   Tiada apa yang menarik minat. Entah. Cuma ucapan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana mengizinkan diri ini untuk menimba ilmu di bumi Syam. Alhamdulillah. Terdetik di hati, apa lagi yang mampu aku lakukan untuk membuatkan naluri keterujaan itu muncul? Puas berfikir. 

   Melancong? Ada dalam perancangan. Tetapi sudah batalkan niat ke UK. Ada urusan penting di Malaysia. Belek gambar lama, kenangan melancong bersama-sama kawan-kawan. Indah sungguh. Pasti teringat kejadian pelik-pelik. Terdampar di bawah terowong selama berjam-jam dengan suhu bawah 10 darjah celcius. Juga teringat ketika seorang travelmate kena sergah dengan anjing. Hahaha. Dan juga teringat kisah kereta sewa hilang dari radar. Puas berfikir kemana kereta itu hilang. Laaa kena tarik rupanya. Hahaha. 

   Solo traveler? Hurm. Menarik. Tempat? Tiada. Kali pertama dalam hidup melancong luar negara tanpa ada teman. Tiba-tiba terdetik, ISTANBUL. 

   Terus melakukan carian di internet. Setelah 2 hari beristikharah dan melakukan carian, ambil keputusan untuk 'redah je lah'. 

Flight ✅
Hostel ✅

   Wah. Biar betul? Naluri keterujaan itu kembali bangkit. Bercampur ketakutan juga. Ya rabb. Mudahkan urusanku. Jauhkan aku dari perkara-perkara yang tidak elok. 

   Aku tidak meletakkan harapan tinggi. Sekadar mengambil pengalaman. Aku meletakkan "budget" rendah. Kawan serumah bertanya, cukup ke? Barangkali tak cukup untuk bersantai, tetapi ini satu cabaran. Aku sukakan cabaran. RM2500. Secara logiknya tidak mencukupi kerana aku tahu, kos kehidupan di sana agak rendah. Berborong itu pasti. Paling tidak RM3k. Tidak! Itu cabaran untuk aku. Aku mengeraskan pendirian walau hati memujuk untuk ditambah. 

   Maaf, aku rela untuk mengikat kata hati. Maka 29 Jun bermulalah kisah pengembaraan aku.

Bersambung...


Comments

Popular Posts